sejak dua menjak ni aku tatau apa yang berlaku pada diri aku… fikiran aku selalu melayang-layang entah kemana… mungkin jua aku banyak memikirkan tentang si dia dan juga alam perkhawinan… ( mungkin itu membuatkan aku berasa sedikit tekanan ). Sebab aku telah nekad untuk mengakhiri zaman bujang ku tak pada tahun ini tahun hadapan, InsyaAllah, amin… Lagi 48 jam aku akan “berambus” dari sini, cuti la plak asyik kerja je mana larat kan… celik mata tengok hutan nak gak celik mata tengok mende lain plak kan… haha… ok… inilah yang dapat ku coretkan untuk saat ini…
la la kerjalah…
•April 3, 2009 • Leave a Commentari ni aku bangun awal pagi kol 7 lebih… bangkit pi check tangki air camne keadaan… alhamdullillah, semua stabil… tapi, untuk 3/4 hari akan datang menjadi rutin harian aku check bekalan air camne ( walaupun aku paranoid gila nak pi memalam sebab banyak semak, mau tak paranoid sebab aku jumpa sang talipinggang kat area tu tapi dah kerja gamble je lah ) … sbb fully booked… haha… kalau tak ngan aku tak mandi lah jawapnya… tapi tak sabar menunggu hari rabu sebab nak cuti-cuti malaysia… ( tak sabar nak jumpa buah hati aku sebenarnya ). ni baru lepas menyapu dan mengemas sikit office yang berselerak cam tongkang pecah… sampah dan habuk banyak gila… mungkin petang² kang aku sambung ngemas rak pulak… bergantung pada keadaan la yek… haha…
tapi itu tak penting yang penting adalah misi aku ngan dia…
tensial
•April 2, 2009 • Leave a Commentntah mengapa aku tak tahu apsal aku rasa sangat tensial ari ni.. mungkin kerana tiada air ( dah lah satu hari aku tak mandi, senja tadi baru dapat mandi sepuas-puasnya ) , line streamyx yg lembap macam siput b*bi. pening² lalat aku malam tadi ( panas lepas tu kena hujan mau tak pening² lalat ) , sib baik lah dapat di kawal lagi tensial aku ari ni… harap² esok aku pulih seperti sediakala… InsyaAllah, amin…
aku, dia dan khawin
•April 2, 2009 • Leave a Commentaku rasa sudah sampai masa nya aku mengakhiri zaman bujang ku… semua nya dalam perancangan… aku berharap ianya akan menjadi kenyataan, InsyaAllah, Amin…
setahun sudah berlalu…
•November 29, 2008 • Leave a CommentSetahun sudah berlalu
Februari muncul kembali
Dengan kehangatan semalam
Tanpa ku sedari
dalam tidak ku sedari setahun sudah berlalu… pelbagai pengalaman manis dan pahit telah rasai… moga² hari² yang mendatang dapat terus jua ku tempuhi dunia yang penoh dengan pancaroba…
^_^
•March 27, 2008 • Leave a Commentyahoo… tinggal lagi 3 hari nak abis bulan 3… maka bulan 4 akan menjelma… maka dengan itu sudah 4 bulan aku dok kat sini… memacam ragam dan perangai telah ku lihat…
apa ek lagi nak ditulis ni?
Sinar sang suria diwaktu dinihari…
•March 23, 2008 • Leave a Commentargh…. bangkit… mandi…. bersiap-siap.. kerja….. haha… lagipun tinggal lagi 7 hari untuk hari gaji… tak sabar rasanya… akhirnya penah lelah yang dikeluarkan membuahkan hasil ^_^
shooto?
•March 22, 2008 • Leave a CommentIbarat di pukau diri ini seperti mat pek yang ketagihan dadah sekiranya tidak menulis di dlm blog… walaupun kadangkala ku sendiri tidak pasti apa yang patut dicoretkan mahupun di tulis… Tapi, aku hanya ingin meluahkan rasa yang terbuku dihati ini agar rasa senak yang ditanggung dapat diluahkan… Baru tadi detik 7:45 ( sabtu/22/2008 ) senja terasa bagaikan seperti Filippo Inzaghi yang coba bermain didalam perangkap offside… ada ke patut mamat ni tanya aku … dengan intonasi yang halus bertanya… “Bang… sini mana nak dapat shoot?” tersentap hati ini mendengar soalan yang diajukan… adakah itu soalan itu dari seorang “KAKI” ataupun “MATA²” tapi dengan pantas ku menjawap soalan itu dengan satu jawapan yang paling bangsat… “Saya baru kerja kat sini bang, baru 3 bulan” dengan secara automatik ianya dapat mematahkan soalan yang diajukan… Bukan apa aku hanya Curiga… kenal tidak apa tidak… ADAKAH RUPA KU INI SEPERTI SEORANG KAKI? walaupun pada hakiki nya sudah berbulan ku “berehat” . Mungkin jua pertanyaan mamat tadi itu ikhlas… tapi langkah berjaga-jaga patut diambil kira… walaupun dimana jua anda berada… hahaha….
kabinet baru : bertanding tetapi tidak dilantik?
•March 22, 2008 • Leave a Commentmengapa dan kenapa? itu lah satu persoalan yang akan bermain di benak fikiran setiap orang yang membaca… mungkin ini satu “revolusi” baru dlm arena pepolitiktan malaysia? atau ada udang disebalik akurium? tak usah la dipanjang kan atau di fikiran bersama org kampung di kedai kopi di hujung kampung mahupun sahabat handai dan sana sudara… kerna jawapan nya sudah ada!! ya! jawapan nya di tangan anda…
Persoalan yang timbul sekarang adakah kita mahu keadaan kita begini?
adakah kita mahu anak cucu kita jua merasa keadaan begini?
“YOU GOT THE POWER! BUT, WE GOT THE FUCKIN’ NUMBER!!”
peak season ( on duty seorang diri )
•March 22, 2008 • Leave a Commentpabila tiba detik detik begini… diriku ini sering cemas… bukannya apa… kerana terlalu ramai orang… hanya diriku seorang sahaja yang mengawal segala nya… kadangkala tak sempat hendak ku buat segala nya… melihat parking, menjaga / melihat area chalet, menjaga kereta pelawat… melayan kerenah pelawat ( tapi ini lah kerja yang paling ringan hanya mengeluarkan ayaq lioq saja… tapi kena beringat fakta yang dicakap biarlah betul, kalau tidak kelak binasa diri sendiri ) menjaga kain baju, kasut / selipar yang diletak kan di luar bilik… sbb pernah berlaku kejadian dia mana brader kadir ( merangkap exco kebersihan agoh chat ) dengan secara sengaja telah memasukkan baju pelawat luar negara [ awek pulak tu, comel ooo ] ke dalam tong sampah dengan alasan yang tidak munasabah telah diberikan pabila di tanya… “Ingatkan tiada orang punya! sungguh sengal alasan yang diberikan itu, rasa saat itu mau ku cedok perut orang tua itu, mana tidak nya… puas aku menjawab dengan awek tu… tapi akhir selepas dpt baju awek tu, basuh cuci-cuci, lipat dan pabila awek mat saleh tu mengambil bajunya dan “YANG PALING PENTINGNYA” dia telah melempar kan senyuman… sewaktu mengambil bajunya seraya berkata “oh my you found my shirt, thanks you very much” dan itu amat bermaknya bagi diriku…
Sesungguhnya kepuasan itu tidak dapat kugambarkan… hanya senyuman dari gadis mat saleh itu yang dpt kugambarkan ^_^

Recent Comments